Isyarat kerajaan diterajui PH tempang -Dewan Ulama Pas

Isyarat kerajaan diterajui PH tempang -Dewan Ulama Pas

 AHMAD YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman memberi isyarat yang kerajaan campuran diterajui Pakatan Harapan (PH) kini sangat tempang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya berkata, sokongan yang diterjemahkan pengundi di kedua-dua kawasan itu jelas membuktikan yang mood pengundi masih bersama gelombang tsunami hijau.

“Rakyat terus memberikan isyarat kepada PN menerusi kemenangan dengan majoriti besar 16,260 undi di Parlimen Padang Serai.

“Meskipun, gagal memenangi kerusi tambahan di DUN Tioman, tetapi PN berjaya memberikan tentangan sengit dan mengurangkan jurang defisit majoriti kepada pihak lawan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad berharap, sokongan sama berkenaan dapat diterjemahkan rakyat dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya