PETALING JAYA: Agenda politik tidak wajar diheret ke dalam sektor pendidikan negara yang mengakibatkan dasar-dasar dan pelan yang sudah dirangka tergendala atau dibatalkan setiap kali berlaku pertukaran menteri dan parti yang memerintah. Sebaliknya, tokoh-tokoh pendidikan berpendapat, pelan dan dasar pendidikan negara yang dirintis selama ini tidak perlu dirombak kerana ia sememangnya dirangka ke arah kemenjadian murid dan pelajar berkualiti sejajar pendidikan abad ke-21. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP),…










