KUALA LUMPUR: Enam pemimpin UMNO mendapat tempat dalam senarai Kabinet di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hasan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Zambry Kadir dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Keenam-enam pemimpin itu kebanyakannya mengikut hierarki kepimpinan parti daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO serta ahli parti. –UTUSAN










