Diabetes: Peruntukan kesihatan Selangor RM3.3 bilion boleh

Diabetes: Peruntukan kesihatan Selangor RM3.3 bilion boleh dikurangkan

SYED Anwar (dua dari kanan) dan Sha'ari (dua dari kiri) bergambar dengan wakil penerima pada majlis penyampaian sumbangan zakat kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam hari ini. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Peruntukan perubatan kira-kira RM3.3 bilion di negeri ini boleh dikurangkan jika orang ramai segera menemui doktor membuat saringan bagi penyakit diabetes.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr.Sha’ari Ngadiman, 25 peratus perbelanjaan perubatan yang tinggi disumbang oleh pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan haemodialysis dan rawatan akibat komplikasi berpunca daripada penyakit tersebut.

“Sebagaimana yang diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini tadi, setiap tahun peruntukan besar diperlukan untuk rawatan haemodialysis akibat penyakit diabetes. Ia boleh dikurangkan jika semua pihak menjaga kesihatan.

“Saya menasihatkan pesakit diabetes, ahli keluarga mereka untuk membuat saringan bagi mengelak dari komplikasi diabetes yang menjadi punca kegagalan buah pinggang dan penyakit yang
memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian zakat di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM2,805,000 kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) di 15 buah hospital dan institusi perubatan serta geran pendidikan di 22 buah Pusat Terapi Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu Mohd. Sarbini berkata, melalui sumbangan zakat tersebut, setiap hospital dan institusi perubatan masing-masing menerima sumbangan zakat di antara RM20,000 hingga RM300,000 manakala bagi Pusat Terapi OKU masing-masing akan menerima di antara RM20,000 hingga RM50,000.

“Untuk makluman, sumbangan berbentuk geran kepada TKPH diperuntukkan sejak tahun 2008 bertujuan meringankan beban pesakit Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan
kos pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital.

“Manakala, sumbangan kepada Pusat Terapi OKU ini disalurkan bagi tujuan pengurusan dan pembangunan pendidikan golongan tersebut.

“Sumbangan ini mula disalurkan sejak tahun 2018 dalam bentuk geran pendidikan kepada Pusat Terapi yang menguruskan anak-anak OKU seperti autisme, hiperaktif, lembam, sindrom down dan ‘speech delay’,”katanya.

Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di sini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya