fbpx

Biar kami putuskan siapa Ketua Pembangkang -Ahmad Fadhli

AHMAD FADHLI SHAARI

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) meminta mana-mana pihak tidak perlu mencampuri urusan pelantikan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu sebagai Ketua Pembangkang. 

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana ia seharusnya diserahkan sahaja kepada pihaknya untuk memutuskan perkara tersebut. 

“Cantik sudah cadangan ini, tetapi, serahkan sahaja kepada pihak pihak kami untuk memutuskannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata demikian merujuk kepada saranan Pemuda Amanah Terengganu yang mencadangkan supaya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Ketua Pembangkang bertaraf Menteri. 

Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, perkara itu wajar memandangkan Pas mempunyai kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Dalam pada itu, beliau mengharapkan Pemuda Amanah Terengganu dapat berusaha untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu nanti. 

“Di sebelah tuan, usahakan biar ada ketua pembangkang dari parti tuan di DUN Terengganu dahulu, atau sekurang-kurangnya tidak hilang deposit,” katanya. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN