Banjir : 26 jalan di Kelantan ditutup kepada semua lalu lintas

Banjir : 26 jalan di Kelantan ditutup kepada semua lalu lintas

JALAN Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran simpang Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami banjir.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 26 jalan termasuk laluan Kota Bharu ke Kuala Terengganu ditutup kepada semua lalu-lintas selepas ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my setakat pukul 8 pagi ini, empat jalan di daerah Pasir Puteh iaitu 

Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Bandar Lama, Jalan Pasir Puteh- Gong Kelih, Jalan Pasir Puteh- Semerak dan Jalan Pasir Puteh-Jelor ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara di Machang, laluan yang ditutup adalah Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Jalan Sungai Mati Kerawang (Pangkal Perahu), Jalan Kampung Pek- Paloh Rawa , Jalan Paloh Rawa-Belukar Panjang dan Batu 30, Temangan (Pangkal Chuit).

Di Tanah Merah, jumlah jalan yang ditutup kepada semua lalu-lintas adalah sebanyak tiga laluan membabitkan Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Jalan Kampung Paloh-Bukit Panau-Bendang Nyior dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang.

Turut ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air di daerah Kuala Krai adalah Jalan Nal Station dan jalan masuk ke Kampung Baru Pahi.

Sementara di Pasir Mas, sebanyak 12 jalan ditutup kepada semua lalu-lintas iaitu Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang, Jalan SK Gual Tok Deh, Jalan Tok Deh-Gual Periuk, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang -Jeram Perdah, Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang, Jalan Banggol Kulim – Rantau panjang, Jalan Bunga Raya, Jalan Lubok Kiat – Kuala Kuau Jalan Sekolah Cina dan Jalan Tanah Merah – Lubok Jong, Jalan Bukit Tuku – Batu Hampar dan Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang di Jambatan Lubok Jong.

Dalam perkembangan lain, tujuh laluan di seluruh negeri ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Jalan Kebakat – Kubang Kuau, Jalan Tendong-Bunut Susu- Gelang Mas dan Pasir Mas – Meranti di Pasir Mas serta Jalan Banir Belikong – Tasik Pauh, Jalan Klinik,  Jalan Pasir Puteh -Semerak dan Jalan Pasir Puteh – Jelor di Pasir Puteh.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya