Bajet 2023 diteliti semula, sebahagian besar akan diterima pakai

Bajet 2023 diteliti semula, sebahagian besar akan diterima pakai

ANWAR Ibrahim ketika sidang akhbar di Putrajaya di sini hari ini. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini akan diteliti semula, namun, sebahagian besar cadangan dan inputnya boleh diterima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, cadangan yang baik dalam Bajet 2023 boleh diteruskan namun, beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri untuk memberi input masing-masing terlebih dahulu.

Menurutnya, belanjawan itu akan diubah suai dan diperbaiki terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula.

“Saya fikir sebahagian besar dalam belanjawan itu boleh diterima. Ada orang buat andaian kita menentang semua (Bajet 2023)… itu tidak benar,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau secara peribadi tidak cenderung dan tumpu terlalu banyak kepada perkara-perkara lama.

“Saya hanya mahu tumpu untuk urus ekonomi negara, beri keyakinan kepada pelabur dan sekarang ini sambutannya sangat baik.

“Ramai yang telah janji termasuk syarikat pelaburan dari China, India, Eropah dan Amerika Syarikat untuk minggu-minggu akan datang.

“Saya akan tumpu lebih banyak untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Esok saya akan ke Kementerian Kewangan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, sidang Parlimen pada 19 dan 20 Disember ini adalah berkaitan soal emolumen.

“Kalau tidak diluluskan, gaji tidak boleh dibayar pada Januari,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.