Armada persoal Anwar pegang Menteri Kewangan sebagai luar

Armada persoal Anwar pegang Menteri Kewangan sebagai luar biasa

WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan alasan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio Kementerian Kewangan. 

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ini kerana hujah yang dikemukakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli adalah tidak masuk akal. 

Beliau berkata, ia berikutan pemimpin lain dalam gabungan yang membentuk Kerajaan Persekutuan PKR boleh sahaja memegang jawatan itu sekiranya tidak mahu memberikannya kepada pemimpin gabungan lain. 

“Malah, Rafizi sendiri layak memikul portfolio ini kalau bukan Anwar Ibrahim. Kenapa dipusatkan kuasa kepada Perdana Menteri yang mana kempen dan pendirian Pakatan Harapan (PH) sendiri zaman-berzaman mahu pengasingan kuasa ini dibuat. 

“Apa jaminan keadaan ini tidak mencetuskan skandal yang sama seperti 1MDB? Bukankah ini agenda dan pendirian utama Reformasi institusi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu sendiri? Apa sudah jadi?. 

“Lebih kelakar Rafizi kata pendirian dia tak berubah, tapi hakikatnya beliau tak berdiri atas pendirian itu. Maknanya tak ada pendirianlah. Politik hanyalah transaksi. Tiada prinsip. Esok negara pun dia boleh jual asal untungkan diri sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, keadaan luar biasa telah menyebabkan Anwar mengambil alih jawatan Menteri Kewangan. 

Beliau berkata, Anwar mengambil peranan untuk mengelakkan konflik dalam kalangan gabungan dan parti yang membentuk kerajaan perpaduan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya