Anwar nafi arah siasat isu perbelanjaan RM600 bilion

Anwar nafi arah siasat isu perbelanjaan RM600 bilion

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi mengeluarkan arahan supaya menyiasat lanjut dakwaan perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender dibuat kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lanjut dakwaan berkenaan.

“Kementerian Kewangan juga akan memberi makluman sekiranya wujud sebarang pelanggaran, rasuah dan penyelewengan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perbelanjaan itu, Anwar berkata, ia belum lagi dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet setakat ini.

“Saya menyerahkan kepada rakan-rakan dalam jemaah menteri untuk menilai hal yang sedemikian.

“Cuma, setakat yang saya tahu dan diberi makluman oleh pegawai, terdapat perlanggaran agak serius kerana ia melibatkan perolehan yang terlalu banyak,” katanya.

Katanya, apabila sesuatu projek diluluskan, kos projek berkenaan telah di ‘mark-up’ terlalu tinggi manakala, dana-dana itu kemudiannya disalurkan kepada parti tertentu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani untuk menyiasat pihak-pihak yang memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Saya ingin tegaskan bahawa ia bukan arahan daripada Perdana Menteri atau kerajaan.

“Ini adalah ketetapan dalam Perlembagaan dan kenyataan tegas oleh Raja- Raja Melayu yang membuat kenyataan berhubung kewaspadaan terhadap sentimen perkauman dan pelampau agama,” katanya.

Jelasnya lagi, arahan Raja- Raja Melayu itu tidak boleh disamakan terhadap kritikan Perdana Menteri dan kerajaan dalam pengoperasian.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menjelaskan beliau tidak takut untuk disiasat polis berhubung dakwaan berkenaan.

Jelasnya, tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan di bawah kawalannya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya