Annuar Musa mimpi ditarik keluar dari rumah terbakar

Annuar Musa mimpi ditarik keluar dari rumah terbakar

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar.”

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya kini tidak lagi berada dalam parti UMNO. 

Walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook itu, Annuar berkata, beliau bermimpi bahawa rumah pusaka yang beliau diami terbakar, walaupun tidak meninggalkan rumah itu, tetapi ditarik keluar.

“Malam Jumaat, saya bermimpi. Rumah Pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada main switch dah short circuit atau wayarnya terputus.

“Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yg terbakar atau dibakar itu. Saya sayang rumah itu dan saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak dan ramai yg terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar,” katanya.

Tambah bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau sayangkan rumah tersebut, namun, kini hanya mampu berdoa supaya rumah terbakar itu dapat diselamatkan.

Semalam, terdapat khabar angin mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memecat Annuar dari UMNO.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mengesahkan pemecatan tiga individu dalam parti itu namun tiada nama yang didedahkan oleh beliau.

Menurut Mohd Puad, ketiga-tiga individu itu dipecat kerana mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan malah ada antaranya yang mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak lain yang tidak terlibat dengan UMNO.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya