Annuar Musa antara tiga yang dipecat? 

Annuar Musa antara tiga yang dipecat UMNO? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi selepas bermesyuarat malam tadi, namun, wujud khabar angin bahawa Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat daripada parti itu.

Sumber Utusan Malaysia mengatakan selain daripada Annuar, Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim  juga dipecat.

Menurut sumber itu, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Shamsiah merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim manakala Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Selepas mesyuarat itu tamat malam tadi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi mengesahkan pemecatan tiga individu dalam parti itu namun, tiada nama yang didedahkan oleh beliau.

Menurut Mohd Puad, ketiga-tiga individu itu dipecat kerana mencemuh parti dan berkempen bagi pihak lawan, malah, ada antaranya yang mendedahkan hasil mesyuarat MKT kepada pihak lain yang tidak terlibat dengan UMNO. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya