Adam Adli antara anak muda dilantik Timbalan Menteri

Adam Adli antara anak muda dilantik Timbalan Menteri

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli, 33, antara barisan anak muda yang dilantik dalam barisan Timbalan Menteri bagi melengkapkan Kabinet Kerajaan Perpaduan. 

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dinamakan bagi jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. 

Selain itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. 

Selain itu, Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup juga dinamakan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Senarai nama Timbalan Menteri diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya