8 timbalan menteri wanita dilantik

8 timbalan menteri wanita dilantik dalam Kerajaan Perpaduan

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai lapan wanita dilantik sebagai timbalan menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumlah itu melebihi tiga orang berbanding lima menteri yang dilantik dalam keseluruhan 28 menteri dan 27 timbalan menteri yang menganggotai Kabinet dengan Pakatan Harapan mendominasi lima orang dalam senarai itu.

Bagaimanapun, Fuziah Salleh (PH) yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan K. Saraswathy (PH) dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi merupakan calon yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15 ) lalu.

Kedua-dua mereka masing-masing bertanding bagi kerusi Parlimen Kuantan dan Tapah.

Lapan timbalan menteri wanita itu ialah:

Datuk Rubiah Wang (GPS) – Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan WIlayah
Datuk Siti Aminah Aching (BN) – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Hanifah Hajar Taib (GPS) – Timbalan Menteri Ekonomi
Aiman Athitah Sabu (PH) – Timbalan Menteri PEmbangunan Wanita, KEluarga dan Masyarakat.
Fuziah Salleh (PH) – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
K. Saraswathy (PH) – Timbalan Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi
Teo Nie Ching (PH)- Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
Lim Hui Ying (PH) – Timbalan Menteri Pendidikan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya