2,000 anggota keselamatan pantau perlawanan Indonesia Thailand

2,000 anggota keselamatan pantau perlawanan Indonesia vs Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia mengerahkan hampir 2,000 anggota keselamatan untuk mengawal keselamatan dan kelancaran ketika perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Indonesia menentang Thailand dalam saingan Piala AFF 2022.

Jurucakap polis, Agung Setya berkata, perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) akan dipantau rapi oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, jumlah anggota keselamatan yang dikerahkan bersesuaian dengan keadaan dan langkah pencegahan yang dirancang oleh pihak berkuasa, termasuk pengurusan stadium.

“Selain polis, pasukan tentera dan pasukan paramedik juga akan dikerah bagi membantu melancarkan perlawanan sehingga selesai,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Agung memberitahu, anggota keselamatan tidak hanya berkawal di dalam stadium, malah mereka akan ditempatkan di seluruh kawasan sekitar premis berkenaan bagi berdepan dengan sebarang situasi.

Agung menjangkakan lebih 50,000 penonton akan menyaksikan perlawanan tersebut.

“Saya berharap semua pengunjung yang datang ke stadium boleh menjaga perilaku, mendengar arahan pasukan keselamatan dan dilarang membawa sebarang objek berbahaya termasuk mercun.

“Kita semua mahu menyaksikan perlawanan bola sepak yang hebat dalam suasana selamat, jadi jaga tingkah laku, jangan malukan imej Indonesia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya