18 set tren diselenggara punca tren lebih kapasiti, kekerapan 5

Masalah teknikal LRT Kelana Jaya selesai suku ketiga 2023

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengguna Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dinasihat supaya bersabar sehingga suku ketiga tahun depan sebelum masalah kekerapan tren itu dapat diselesaikan. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun Prasarana mempunyai sebanyak 56 set tren, namun, hanya 38 set yang beroperasi kerana 18 set tren sedang diselenggara sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, Anthony menegaskan jumlah itu tidak statik dan pihaknya akan terus berusaha supaya lebih banyak tren boleh digunakan serta tempoh masa kekerapan tren boleh dipendekkan. 

“Kita tahu pada waktu puncak ketika ini, penumpang adalah lebih daripada kapasiti tren. Itu yang menyebabkan kesesakan yang sangat berat untuk penumpang. 

“Pada ketika ini, hanya 38 set tren yang beroperasi dan itu menyebabkan kekerapan tren adalah lima minit. Itu adalah sesuatu yang tidak memuaskan kerana kita tahu bahawa kekerapan tren yang diperlu untuk kurangkan kesesakan sekurang-sekurangnya tiga minit.

“Untuk mencapai kekerapan setiap tiga minit, kita memerlukan 48 set tren. Bagaimanapun, kita hanya mempunyai 38 set ketika ini kerana 18 set tren sedang diselenggara,” katanya. 

Kelmarin, guna transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengeluh ekoran gangguan isyarat tren yang berlaku pada waktu pagi  sehingga menjejaskan waktu kekerapan perkhidmatan menyebabkan mereka lambat ke pejabat.

Tinjauan Utusan Malaysia di Twitter mendapati orang terpaksa menunggu lama untuk tren seterusnya dan beratur panjang di stesen LRT ekoran gangguan tersebut.

Malah mereka melihat perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana masalah sama sering berulang dalam minggu ini sehingga mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini.

Justeru, orang ramai di media sosial mahu kerajaan baharu dapat mengatasi masalah itu pada kadar segera agar situasi sama tidak berulang pada masa akan datang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya