Warga emas dijangkiti Covid-19 ditemui mati mereput dalam rumah - Utusan Malaysia

Warga emas dijangkiti Covid-19 ditemui mati mereput dalam rumah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyentuh isu stoking kalimah Allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Mayat seorang lelaki warga emas yang dijangkiti Covid-19 ditemui reput di ruang tamu rumahnya di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di sini semalam.

Mayat Mat Daud Che Deraman, 68, bapa tunggal dijumpai pukul 11 malam oleh jirannya selepas terhidu bau busuk dari kawasan rumah itu. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, sebelum ini, jirannya curiga selepas tiga hari tidak melihat warga emas itu. 

Menurut beliau, mangsa yang tidak bekerja tinggal seorang diri selepas kematian isteri empat tahun lalu manakala anak-anaknya pula tinggal di Kota Bharu.

“Jiran mangsa terhidu bau busuk di kawasan rumah lelaki itu sejak tiga hingga empat hari yang lalu.

“Selain itu, jiran  lain yang tinggal berhampiran rumah mangsa juga tidak melihat warga emas itu. Saksi yang tidak sedap hati telah pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah tidak berkunci sebelum melihat mangsa terbaring dalam keadaan terlentang di ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pemeriksaan  mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil dibedah siasat mendapati warga emas itu tidak mempunyai penyakit kronik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.