Wan Rosdy Menteri Besar kerajaan BN-PH di Pahang

Wan Rosdy Menteri Besar kerajaan BN-PH di Pahang

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang esok. 

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar akan diadakan pukul 11 pagi bertempat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, dekat sini. 

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti politik yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau berkata, Tengku Mahkota Pahang selanjutnya memperkenankan pembentukan kerajaan negeri ini daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I, Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Tengku Hassanal juga berkenan untuk melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang.

“Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan esok, pukul 11 pagi di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, teka-teki pembentukan kerajaan negeri akhirnya terungkai apabila BN memutuskan untuk bersama PH. 

Pada PRU15 lalu, PN menang 17 kerusi DUN manakala, BN 16 kerusi dan PH lapan kerusi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya