Walaupun bukan dicalon di PD, KJ tetap bagi sokongan - Utusan Malaysia

Walaupun bukan dicalon di PD, KJ tetap bagi sokongan

TANGKAP layar video Khairy Jamaluddin yang dikongsikan di Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Khairy Jamaluddin menyuarakan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun namanya tidak disenaraikan sebagai calon di Parlimen itu.

Video pesanan ringkas Khairy yang juga Menteri Kesihatan berdurasi satu minit 23 saat itu dikongsikan Pengerusi BN Parlimen Port Dickson, Datuk Mohd. Faizal Ramli di media sosial miliknya.

 “Saya tahu ada rakan-rakan dari Port Dickson harapkan saya datang bersama-sama rakan ke Port Dickson untuk kita sama-sama lawan pada PRU15, namun demikian perancangan parti dan sebagainya saya dihantar ke kawasan lain untuk teruskan perjuangan saya.

“Saya ingin memberi sokongan moral saya dan juga berikrar kepada rakan-rakan di Port Dickson terutamanya rakan-rakan UMNO di Port Dickson, Datuk Faizal dan semua warga UMNO Port Dickson bahawa saya tetap bersama anda semua.

“Dan masa kita berdepan Pilihan Raya Negeri nanti saya akan turun bantu supaya kita menang kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson,” pesannya.

Khairy juga memohon kepada warga Port Dickson supaya meneruskan sokongan kepada BN walaupun bukan beliau yang bertanding di kerusi Parlimen itu.

“Jangan patah semangat, kita beri sokongan padu kepada calon BN, Datuk P. Kalamanathan yang akan bertanding bagi pihak BN walaupun bukan saya, saya minta tolong sangatlah kita tetap sokong calon BN. KJ will always be with Port Dickson,” katanya.

Parlimen Port Dickson merupakan antara kerusi disebut-sebut akan ditandingi Khairy sebelum ini selepas beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal.

 Difahamkan, BN akan mencalonkan, bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kalamanathan di kerusi  tersebut yang mana tradisinya ditandingi MIC. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya