Vida mahu lebih berhati-hati muat naik klip video

Vida mahu lebih berhati-hati muat naik klip video

VIDA tiba di Kompleks Mahkamah Sepang bagi berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida mengakui dirinya akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menghasilkan apa jua klip video.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, berkata, dia tidak mahu lagi melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

“Kalau kita tahu bagaimana kesalahan itu, kita kena clear (jadi) kita takkan buat perkara sama cuma akan lebih berhati-hati (selepas ini).

“Sebab sejujurnya saya tak boleh terima bulat-bulat, tak boleh, takut bawa impak yang besar kepada perjalanan perniagaan. Saya tak nak nanti nama kita jadi buruk tak habis-habis sebab kes begini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini.

Terdahulu, Vida tiba di mahkamah pada pukul 9.48 pagi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna berwarna hitam dengan ditemani anak perempuannya, Cik B.

Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik dan menghantar video bersifat sumbang di laman YouTube, April lalu.

Mengikut pertuduhan, dia secara sedar melakukan kesalahan memuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video sumbang sifatnya menggunakan perkhidmatan akaun YouTube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Vida diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sementara itu, peguam, Datuk Adnan Seman yang mewakili Vida berkata, pihaknya akan meneliti dokumen berkaitan dan melihat tindakan susulan sama ada untuk memfailkan representasi terhadap pertuduhan itu.

“Kita akan lihat semua aspek dalam tentukan apa kita punya keputusan pada 7 Disember nanti apabila menerima dokumen daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya