UMNO tiada kerjasama dengan PN, PH – Ismail Sabri - Utusan Malaysia

UMNO tiada kerjasama dengan PN, PH – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO mengulangi pendirian yang parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu selesa bergerak solo bersama Barisan Nasional (BN) tanpa menyertai mana-mana blok.

“PN atau PH, kedua-duanya tidak, kita akan teruskan dengan BN. Kalau boleh meme­rintah, maka kita akan meme­rintah sendiri,” katanya dalam klip video seminit 30 saat di TikTok milik Pence­ritaTV, semalam.

Dalam video itu, Ismail Sabri turut menyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu mencontohi Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan jawatan apabila parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut Ismail Sabri, dalam mana-mana kepemimpinan atau pertubuhan, seseorang mesti bertanggungjawab jika parti tewas.

“Pemimpin perlu berjiwa besar dan mesti mendengar pandangan ahli tanpa memekakkan telinga dengan desakan.

“Saya percaya Ahmad Zahid pun pemimpin berjiwa besar. Diharap beliau fikirkan dan ambil kira pandangan ahli tentang apa yang patut dilakukan,” katanya.

Kelmarin, Ismail Sabri menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti berbanding bersetuju bekerjasama dengan PH.
Penegasan itu dibuat dalam satu mesej perbualan kumpulan WhatsApp, Ketua-Ketua

Bahagian UMNO Malaysia yang dikongsikan anak beliau, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram story.

“Saya sedia dipecat…tetap tidak akan bersama PH,” tulis Ismail Sabri menerusi tangkap layar itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN