Tukar saya 5 tahun lagi jika gagal bekerja -Rodziah

Tukar saya 5 tahun lagi jika gagal bekerja -Rodziah

RODZIAH ketika menyampaikan ceramah Jelajah Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pasar Malam, Bandar Baru Ampang, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengakui menerima 118 aduan sepanjang dua minggu berkempen daripada penduduk di sini yang gagal dilaksanakan oleh penyandang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya, sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku memandangkan Zuraida merupakan ahli Parlimen yang diberi mandat oleh rakyat sejak tiga penggal lalu.

Sebaliknya beliau memberitahu kehadirannya ke Ampang adalah untuk bekerja dan berbakti kepada rakyat.

“Saya datang ke sini untuk bekerja walaupun kerja tersebut susah namun itu adalah tugasan yang perlu diselesaikan.

“Saya tak tahu dengan ahli Parlimen ini ambil jawatan tapi tidak buat apa-apa,” katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Pasar Malam, Bandar Baru Ampang, malam ini.

Tambah Rodziah, sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, beliau tidak teragak-agak untuk berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain.

“Kalau saya tak kerja, lima tahun lagi tukar saya. Saya tak takut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rodziah menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dirombak dan diperbetulkan ekoran kegagalan jabatan itu dalam menjaga kebajikan rakyat.

“JKM perlu turun dari rumah ke rumah untuk melihat nasib rakyat. Ini saya semasa berkempen, sedih melihat sepasang warga emas yang tinggal bersendirian. Ada pula warga emas yang meminta makanan.

“Allahu, inikah sikap pemimpin yang meninggalkan rakyat begitu sahaja? Nak harapkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memang taklah!,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Rodziah berdepan sembilan penjuru yang terdiri daripada Zuraida (Parti Bangsa Malaysia), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ivone Low Yi Wen (Barisan Nasional), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatqn Nasional) dan tiga calon bebas. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.