PRU15: Terkejut ramai orang, wanita pengsan semasa tiba di pusat

Terkejut ramai orang, wanita pengsan semasa tiba di pusat mengundi

NOR Mahirah Aliya Ibrahim terpaksa berkerusi roda semasa mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Mokan, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita yang menghidap tekanan darah rendah pengsan apabila terkejut melihat keadaan orang ramai semasa tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan(SK) Padang Mokan, Peringat di sini hari ini.

Nor Mahirah Alya Ibrahim, 20, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh kakaknya, Nurul Akma, 23, dan orang ramai apabila dia terjatuh sebaik keluar dari kereta yang dipandu kakaknya di hadapan sekolah tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut Nurul Akma, adiknya itu sempat melintas jalan sebelum pengsan apabila berada di depan pintu pagar sekolah.

“Saya menjerit meminta bantuan orang ramai supaya membantu memegang Nor Mahirah bagi mengelakkan daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Dia terlalu teruja melihat orang ramai di pusat mengundi. Keadaan kesihatannya yang menghidap tekanan darah rendah menyebabkan dia pengsan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nurul Akma memberitahu, dia bersyukur apabila orang ramai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu menyelamatkan adiknya yang sedar lima minit kemudian.

Katanya, Nor Mahirah selesai membuang undi kira-kira 10 minit kemudian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya