SM Faisal mohon mencelah semakan kehakiman Maria Chin

SM Faisal mohon mencelah semakan kehakiman Maria Chin

MARIA CHIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan ahli perniagaan, Datuk SM Faisal Nasimuddin untuk menjadi pencelah dalam semakan kehakiman Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah untuk memulakan cabaran terhadap prosiding komital yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Syariah di sini akan didengar pada 19 Januari 2023.

Pendengaran permohonan tersebut sepatutnya didengar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini namun, ditangguhkan selepas mahkamah dimaklumkan bahawa peguam, Rosli Dahlan yang mewakili Maria tidak sihat dan disyaki dijangkiti denggi.

Turut hadir pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian ialah peguam, Zeti Zulfah Zulkifli juga bagi pihak Maria manakala SM Faisal diwakili peguam, Ummi Kartini Abd. Latiff.

Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Muhammad Fuad dan peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pada 25 April 2022, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Maria selepas didapati bersalah menghina mahkamah.

Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu dikemukakan oleh SM Faisal berikutan tindakan Maria mengeluarkan komen dan mengkritik keputusan mahkamah yang memerintahkan hukuman penjara terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang melanggar perintah mahkamah berhubung hak lawatan.

Pada 3 Mei 2021, SM Faisal memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam semakan kehakiman itu Maria memfailkan semakan kehakiman itu dengan merujuk kes membabitkan dirinya dan Emilia.

Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Maria untuk memulakan cabaran terhadap prosiding komital yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Syariah di sini atas alasan semakan tersebut tidak mencabar mana-mana undang-undang syariah yang tertakluk dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Sebaliknya, semakan kehakiman itu mencabar bidang kuasa mahkamah syariah mengeluarkan perintah membenarkan notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadapnya.

Pada 4 Disember 2020, Maria diperintah mengemukakan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu.

Ini berikutan mahkamah berkenaan menolak permohonannya untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa bagi mencabar keputusan mahkamah itu membenarkan prosiding menghina mahkamah (komital) dimulakan terhadapnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya