Senarai penuh 121 calon GTA, termasuk 3 artis

Senarai penuh 121 calon GTA, termasuk 3 artis

MAHATHIR Mohamad menyerahkan watikah pelantikan calon kepada anaknya, Mukhriz Mahathir pada majlis pengumuman calon GTA, di Bangi, Selangor, - UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan senarai calon bagi 121 Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Bagaimanapun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kepemimpinan GTA sedang meneliti bagi memastikan jumlah calon boleh menang yag akan bertanding.

Parti Pejuang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili 60 kerusi Parlimen, manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diketuai Datuk Ibrahim Ali mewakili 34 kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Bagi Gagasan Bangsa yang menghimpunkan badan-badan bukan parti mewakili 11 kerusi Parlimen dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mewakili lapan kerusi serta dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) mewakili empat kerusi.

Dalam senarai calon yang bertanding, Dr Mahathir akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). Datuk Marzuki Yahya pula bertanding di Sungai Petani. 

Selain itu, GTA juga menampilkan tiga personaliti dalam kalangan artis iaitu Eizlan Yusof atau nama penuhnya, Datuk Seri Idris Md. Yusof yang bertanding di Sabak Bernam; Ahmad Idham Ahmad Nazri di Port Dickson, manakala Azlan Sani Zawawi dikenali sebagai Lando di Tanjung Karang. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya berkata, seramai 40 peratus dari 121 calon adalah golongan muda dan 13 calon adalah wanita. 

“Semua yang dicalonkam adalah dari pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, ahli NGO, ahli akademik, ahli perniagaan dan bekas kakitangan kerajaan. Jumlah Parlimen akan bertambah dan begitu juga calon untuk bertanding di peringkat DUN,” katanya.

 

Berikut adalah senarai bagi 121 calon GTA yang akan bertanding pada PRU15. 

PERLIS

P002 Kangar Nor Sulaiman Zolkapli (PEJUANG)

P003 Arau Abdul Razak Abdul Khalek (PEJUANG)

KEDAH

P004 Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)

P005 Jerlun Mukhriz Mahathir (PEJUANG)

P006 Kubang Pasu  Amiruddin Hamzah (PEJUANG)

P007 Padang Terap  Razali Lebai Salleh (PEJUANG)

P009 Alor Setar Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG)

P010 Kuala Kedah Ulya Aqamah Husamudin (PEJUANG)

P011 Pendang Abdul Rashid Yop (GAGASAN BANGSA)

P012 Jerai Mohd Nizam Mahshar (GAGASAN BANGSA)

P014 Merbok  Mohamed Mohsin Abdul Razak  (IMAN)

P015 Sungai Petani Marzuki Yahya (PEJUANG)

P016 Baling Basir Abd Rahman (PUTRA)

P018 Kulim Bandar Baharu Mohamad Yusrizal Yusoff (GAGASAN BANGSA) 

KELANTAN

P020  Pengkalan Chepa Wan Ahmad Nasri Wan Ismail (PEJUANG) 

P024 Kubang Kerian Mohamad Rizal Razali (PEJUANG)

P028 Pasir Puteh Wan Marzudi Wan Omar (PEJUANG) 

P031 Kuala Krai Norashikin Che Omar (PEJUANG) 

P032 Gua Musang Samsu Adabi Mamat (PEJUANG) 

TERENGGANU

P033 Besut Wan Nazari Wan Jusoh (PEJUANG) 

P034 Setiu Wan Adnan Wan Ali (PEJUANG) 

P035 Kuala  Nerus Azaha Wahid (PUTRA) 

P036 Kuala Terengganu Mohamad Abu Bakar Muda (PUTRA) 

P037 Marang Zarawi Sulong (PUTRA) 

P038 Hulu Terengganu  Mohd Khadri Abdullah (PUTRA) 

P039 Dungun Nor Aisah Hasan (PEJUANG) 

P040 Kemaman Rosli Ab Ghani (PEJUANG) 

PULAU PINANG

P041 Kepala Batas Hamidi Abu Hassan (BERJASA) 

P042 Tasek Gelugor Abdul Halim Sher Jung (GAGASAN BANGSA) 

P043 Bagan Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (IMAN)

P044 Permatang Pauh  Mohamad Nasir Othman (PUTRA)

PERAK

P056 Larut Auzaie Fadzlan Shahidi (BERJASA)

P058 Bagan Serai Ahmad Luqman Ahmad Yahaya (PEJUANG) 

P063 Tambun Abdul Rahim Tahir  (PEJUANG) 

P067 Kuala Kangsar Yusmalia Mohamad Yusof (PEJUANG)!

P069 Parit Faizol Fadzli Mohamed (PEJUANG) 

P072 Tapah  Mior Nor Haidir Suhaimi (PEJUANG) 

P073 Pasir Salak Zairol Hizam Zakaria (PEJUANG) 

P074 Lumut Mazlan Abdul Ghani (PEJUANG) 

P076 Teluk Intan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (PEJUANG) 

P077 Tanjong Malim Amir Hamzah Abdul Rajak (IMAN) 

P059 Bukit Gantang Mohd Shukri Mohd Yusoff (PEJUANG) 

P062 Sungai Siput Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (PEJUANG)

PAHANG

P079 Lipis Aishaton Abu Bakar (PEJUANG) 

P080 Raub Norkhairul Anuar Mohamed Nor (PEJUANG) 

P082 Indera Mahkota Mohamad Nor Sundari (BERJASA) 

P084 Paya Besar Rosminahar Mohd Amin (PEJUANG) 

P085 Pekan Mohammad Radhi Abdul Razak (PEJUANG) 

P087 Kuala Krau Sharuddin Mohamed Salleh (PEJUANG)

P088 Temerloh Aminuddin Yahaya (GAGASAN BANGSA)

SELANGOR

P093  Sungai Besar Asmawar Samat@Samad (PUTRA) 

P094 Hulu Selangor Harumaini Omar (PEJUANG) 

P095 Tanjung Karang Azlan Sani Zawawi (GAGASAN BANGSA) 

P096 Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli (PEJUANG) 

P098 Gombak Aziz Jamaludin Mhd Tahir (PUTRA) 

P099 Ampang Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG) 

P100  Pandan Nadia Hanafiah (GAGASAN BANGSA) 

P102 Bangi Annuar Salleh (BERJASA) 

P105 Petaling Jaya Mazween Mokhtar (GAGASAN BANGSA) 

P109 Kapar Mohd Pathan Hussin (BERJASA) 

P111 Kota Raja Fahmi Bazlan Muda (BERJASA) 

P112 Kuala Langat Ridzuan Abdullah (GAGASAN BANGSA)

P113 Sepang Che Asmah Ibrahim (PEJUANG) 

P107 Sungai Buloh Mohd Akmal Mohd Yusoff (PEJUANG)

P108 Shah Alam Mohd Rafique Rashid Ali (PEJUANG)

P101 Hulu Langat Markimin Kobiran (PEJUANG) 

P092 Sabak Bernam Idris Md Yusof (GAGASAN BANGSA)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

P115 Batu Wan Azliana Wan Adnan (PEJUANG) 

P116 Wangsa Maju Norzaila Arifin (PUTRA) 

P118 Setiawangsa  Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG)

P119 Titiwangsa Khairuddin Abu Hassan (PEJUANG) 

P121 Lembah Pantai Noor Asmah Mohd Razalli (PUTRA) 

P125 Putrajaya Mohd Rosli Ramli

P115 Labuan Ramle Mat Daly (PUTRA) 

NEGERI SEMBILAN

P126  Jelebu Ahmad Fakri Abu Samah (PUTRA) 

P127  Jempol Mohd Khalid Mohd Yunus (PUTRA) 

P129  Kuala Pilah Kamarulzaman Kamdias (PUTRA) 

P131  Rembau Ramly Awaluddin (PEJUANG) 

P132 Port Dickson  Ahmad Idham Ahmad Nadzri (GAGASAN BANGSA) 

P133 Tampin Zamani Ibrahim (BERJASA) 

P128  Seremban Mohamad Jani Ismail (PEJUANG) 

MELAKA

P134   Masjid Tanah Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG) 

P135  Alor Gajah Muhamad Nazriq Abul Rahman (BERJASA) 

P138 Tangga Batu  Ghazali Abu (PUTRA) 

P137 Hang Tuah Jaya  Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG)

P139 Jasin Mohd Daud Nasir

JOHOR

P140 Segamat Syed Hairoul Faizey Syed Ali (PUTRA) 

P141 Sekijang  Mohd Saiful Faizal Abd Halim (PUTRA) 

P151 Simpang Renggam  Kamal Kuskin (PUTRA) 

P155 Tenggara  M Azhar Palal (PUTRA) 

P159 Pasir Gudang Mohamad Rafi Beran (IMAN)

P164 Pontian Jamaluddin Mohamad (GAGASAN BANGSA) 

P160 Johor Bahru  Mohd Akhiri Mahmood (PEJUANG)

P144 Ledang  Rafidah Ridwan (PEJUANG) 

P149 Sri Gading  Mahdzir Ibrahim (PEJUANG) 

P150 Batu Pahat  Nizam Bashir Abdul Karim Bashir (PEJUANG

P154 Mersing  Nurfatimah Ibrahim (PEJUANG) 

SABAH

P168 Kota Belud Kanul Gindol (PUTRA)

P180 Keningau Jeffrus@Maimin Rajan (PUTRA) 

P185 Batu Sapi Boni Yusuf Abdullah @Narseso J Juanico (PUTRA) 

P175 Papar Nicholas Sylvester@Berry

P179 Ranau Azizul Julirin (PEJUANG) 

P168 Kota Marudu  Mohd Azmi Zulkiflee (PEJUANG)

P191 Kalabakan Nur Aini Abdul Rahman (PEJUANG)

P183 Beluran Hausing Sudin@Samsudin  (PEJUANG) 

P172 Kota Kinabalu Roman Lo (PEJUANG)

P167 Kudat Nur Alya Humairah Usun Abdullah (PEJUANG)

P170 Tuaran Muminin Kalingkong@Norbinsha (PEJUANG)

P188 Lahad Datu Jani Kulmen (PEJUANG)

P173 Putatan PotyneB. Tudus@Patrick Payne (IMAN) 

P182 Pensiangan  Jamani Derimin @Gampalid  (PEJUANG)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya