Sekatan polis 24 jam di lokasi strategik di seluruh negara - Utusan Malaysia

Sekatan polis 24 jam di lokasi strategik di seluruh negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan operasi saman ekor secara besar-besaran di seluruh negara kelmarin. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan  sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam bermula malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,  langkah mengadakan sekatan itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis.

Menurut  beliau, langkah tersebut juga adalah bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.