Segera tamatkan kemelut pembentukan kerajaan

Segera tamatkan kemelut pembentukan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Malaysia perlu ketepi kepentingan parti politik dan segera membentuk kerajaan bagi menstabilkan semula ekonomi negara.

Pekerja swasta, Nurhafizah Yusof, 37, berkata, rakyat melaksanakan tanggungjawab dengan turun mengundi pada 19 November lalu jadi, tiba masa untuk kerajaan baharu dibentuk bagi melaksanakan tugas menjaga kebajikan rakyat.

Keamanan yang kestabilan politik yang diinginkan tidak akan tercapai sekiranya kemelut pembentukan kerajaan ini tidak ditamatkan dengan segera.

“Pada masa ini, fokus seharusnya diberi bagi memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat ketidakstabilan politik pada masa ini. Rakyat sedang berhadapan dengan kesukaran tiada pekerjaan maka, kerajaan perlu segera menangani permasalahan dihadapi rakyat.

“Rakyat memerlukan kepimpinan yang utuh dengan kadar segera bagi membolehkan fokus diberikan kepada agenda pembangunan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi pekerja swasta, Francesca Ivy Katty Tan, 37, pembentukan kerajaan ini tidak boleh ditangguhkan untuk tempoh yang lama kerana dkhuatiri akan mengakibatkan ketidakstabilan di negara ini.

Rakyat amat ternanti-nanti gabungan mana yang akan mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Katanya, peranan parti-parti kecil yang hanya menang dua atau tiga kerusi memainkan peranan yang penting dalam mencukupkan jumlah kerusi yang diperlukan bagi pembentukan kerajaan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.