Rosmadi mahu tukar bandar koboi Kota Bharu

Rosmadi mahu tukar bandar koboi Kota Bharu

ROSMADI Ismail (kanan) turut bertanyakan perkembangan perniagaan serta masalah-masalah yang dihadapi para peniaga semasa melawat mereka di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Rosmadi Ismail bertekad ‘memulihkan’ semua bandar di Parlimen ini jika diberikan mandat oleh rakyat sebagai ahli Parlimen.

Rosmadi mengakui kerap mendengar keluhan dan rungutan ramai pengundi di sini yang tidak berpuas hati dengan aspek pembangunan di bandar di sini sehingga ada yang menganggap ia bandar mati dan terbaharu, ‘bandar bangla’.

Menurutnya, persepsi sebegini timbul berikutan pergerakan ekonomi yang amat perlahan dan salah satu puncanya adalah tiada aktiviti ekonomi sampingan selepas berakhir waktu perniagaan biasa.

“Selepas jam 10 malam, boleh dikatakan suasana bertukar gelap gelita tanpa adanya aktiviti ekonomi sampingan. Keadaan ini menyebabkan Kota Bharu dilihat seperti bandar mati atau bandar koboi.

“Sekiranya diberikan mandat, perkara pertama akan saya lakukan adalah mencerahkan bandar yang semakin kelam ini. Kita akan mengcahayakannya untuk menarik orang ramai datang ke Kota Bharu,” katanya kepada pemberita semasa melawat para peniaga di Bazar Tok Guru, di sini hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu memberitahu, keadaan ekonomi tidak mengembang dan berada dalam keadaan menguncup juga menyebabkan beberapa bangunan dianggap ikonik di bandar ini seolah-olah terbiar.

Katanya, apabila tiada pengunjung serta tiada sambutan dan permintaan dalam perniagaan makan aktiviti ekonomi akan bermasalah sehingga menyebabkan bangunan-bangunan tersebut terbiar dan suram.

“Kegiatan ekonomi terlalu perlahan juga akan menyebabkan pembangunan infrastruktur di sini tidak boleh berjalan seiring dengan bandar-bandar utama lain di Malaysia.

“Keadaan ini menampak Kota Bharu seolah-olah terkebelakang dalam pembangunan infrastruktur, terutama di waktu puncak apabila keadaan jalan raya tidak dapat menampung kapasiti kenderaan yang semakin bertambah,” ujarnya.

Rosmadi berkata, Kota Bharu memerlukan perancangan bandar lengkap dan cekap tambahan masih banyak kawasan di sini yang boleh dibangunkan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Kota Bharu merupakan salah satu daripada dua bandar utama di Malaysia yang masih belum mendapat pengiktirafan sebagai sebuah bandaraya selain Kangar, Perlis.

“Bagi saya ini merupakan perkembangan tidak baik terutama bagi Kota Bharu yang dikenali dengan jolokan Bandaraya Islam. Kalau taraf bandaraya pun kita belum dapat, maknanya kita kena buat sesuatu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya