PRU15: Usah takut berdepan BN, PH

PRU15: Usah takut berdepan BN, PH

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Perikatan Nasional (PN) Negeri Kelantan menasihati penyokongnya agar tidak takut berdepan musuh-musuhnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Pengerusi PN Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dalam ucapannya menamakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh pada PRU15 nanti.

Beliau turut menyatakan keyakinan PN untuk menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan di negeri ini dan seterusnya mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Usah rasa takut dan gerun apabila berdepan musuh-musuh politik kita nanti kerana kita bukan lagi bersendirian seperti dahulu.

“Kini kita bersama PN dan tidak perlu rasa rendah diri dan hina. Bila berdepan PH dan BN, yakinlah kita lebih daripada mereka,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Menurutnya, PN bercita-cita untuk membawa perubahan besar di Malaysia dan yakin pengalaman yang ada akan dapat membawa keadilan kepada seluruh rakyat.

“Insya-Allah kerusi-kerusi yang disandang mampu dipetahankan dan kerusi-kerusi yang belum diperoleh akan dapat kita rampas. Kita akan kuasai dengan penuh bergaya dan seterusnya akan menguasai Putrajaya. Hasrat kita adalah menjadi kerajaan yang kukuh dan melahirkan masyarakat yang kuat dari segala segi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu mengingatkan semua penyokong PN bahawa mereka perlu memastikan kemenangan di Kelantan terlebih dahulu sebelum menguasai Putrajaya.

“Untuk menang di Malaysia, kita perlu menang kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan terlebih dahulu.

“Calon-calon yang kita tampilkan pada PRU15 mewakili semua peringkat usia dan lapisan masyarakat. Walaupun daripada parti politik berbeza tetapi di bawah PN kita mempunyai matlamat yang sama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.