PRU15 tenang, rakyat sudah buat pilihan - Utusan Malaysia

PRU15 tenang, rakyat sudah buat pilihan

MOHAMAD Hasan hadir pada Program Tok Mat Bersama Calon BN Parlimen Port Dickson, Datuk P.Kamalanathan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat antara yang paling tenang jika dibandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berikutan tiada berlaku ketegangan di antara penyokong setiap parti.

Mengulangi perkara itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tempoh dua hari terakhir kempen PRU15 menunjukkan rakyat sudah membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi.

Beliau berkata, rakyat sudah muak dengan keadaan yang berlaku kepada negara selepas PRU14 di mana ekonomi Malaysia merundum teruk.

“Rakyat sudah meluat dan tahu mereka telah tertipu kerana pada PRU14 lalu pelbagai janji manis dilemparkan kerajaan sebelum ini.

“Selepas enam hingga tujuh bulan ramai yang mula tanya saya bila nak buat pilihan raya kerana sudah tidak tahan lagi,” katanya ketika berucap pada Program Tok Mat Bersama Calon BN Parlimen Port Dickson, Datuk P.Kamalanathan di sini hari ini.

Jelas Mohamad, selepas PRU14 keadaan negara tidak menentu yang menyebabkan berlaku krisis keyakinan dalam kalangan pelabur asing.

“Negara kita yang dahulunya dikagumi di peringkat antarabangsa dan kitalah menjuarai negara dunia ketiga. Tapi malangnya selepas PRU14, negara perlahan-lahan hilang taring dan suara Malaysia yang pernah dikenali sebagai Harimau Asia kini telah jauh ketinggalan,” katanya.

Mohamad berkata, justeru rakyat diingatkan supaya jangan sekali lagi membuat kesilapan kerana mereka yang akan menderita dalam tempoh lima tahun lagi. 

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau yakin BN akan membentuk kerajaan Persekutuan pada 19 November nanti berdasarkan laporan daripada setiap jentera parti seluruh Malaysia yang membuat kajian jumlah sebenar pengundi.

“Berdasarkan laporan terkini melalui taklimat pagi ini daripada jentera parti menunjukkan BN akan membentuk kerajaan pada 19 November 2022. Jadi, jika kita terus bekerja keras dalam dua hari akan datang, kita akan menjadi kerajaan baharu di Putrajaya,” katanya.-UTUSAN.

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.