PRU15: Proses simulasi hari penamaan calon berjalan lancar

PRU15: Proses simulasi hari penamaan calon berjalan lancar, petugas bersedia

MOHAMAD Najib Mustafa (kanan) menampal notis di Pusat Penamaan Calon Parlimen Rembau di Dewan Seri Rembau sebagai perhatian buat calon yang bertanding serta wakil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri ini kini bersedia dengan pelaksanaan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bermula esok.

Di beberapa buah pusat penamaan calon turut diadakan simulasi proses penamaan calon termasuk di Dewan Sri Rembau yang menjadi pusat penamaan calon bagi Parlimen Rembau.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P131 Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, proses simulasi berkenaan mengikut proses sebenar membabitkan pelbagai agensi bagi memastikan tidak ada kesilapan berlaku pada hari penamaan calon.

“Antara penekanan SPR pada PRU15 adalah untuk memastikan kesemua calon diberi peluang untuk bertanding.

“Petugas akan cuba sebaik mungkin untuk membantu kekurangan atau kesilapan dalam pengisian borang calon bagi memastikan mereka layak bertanding.

“Kami akan cuba memudahkan serta membantu bakal calon kecuali atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan, kami akan menolak permohonan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, ujar Mohamad Najib, seramai 2,103 orang akan bertugas sepanjang proses PRU-15 di Parlimen Rembau dengan 200 orang bertugas semasa hari penamaan calon esok.

“Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka di Parlimen Rembau yang melibatkan seramai 133,555 orang pemilih tidak termasuk undi awal,” katanya lagi.

Setakat hari ini, Parlimen Rembau dijangka melibatkan pertembungan lima penjuru iaitu calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Gerakan Tanah Air (GTA), dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.