PRU15: Eddin Syazlee sudah pulih, sedia pertahankan Kuala Pilah

PRU15: Eddin Syazlee sudah pulih, sedia pertahankan Kuala Pilah

RAIS Yatim melancarkan jentera PRU15 PN Negeri Sembilan di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith yang juga calon gabungan parti itu di Parlimen Kuala Pilah kini sudah pulih daripada masalah kesihatan yang dialaminya dan bersedia bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penasihat PN Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Eddin Shazlee yang juga penyandang kerusi Kuala Pilah kini sedang berehat di rumah selepas menjalani rawatan baru-baru ini.

“Beliau dalam keadaan uzur tetapi sudah pulih dan tidak lama apabila dibenarkan oleh doktor beliau akan memimpin kembali kembali jawatankuasa PN negeri. 

“Beliau sudah mendapat rawatan yang baik sedang pulih di rumah beliau. Saya juga telah berhubung dengan beliau beberapa kali dan dapat bercerita. tentang keadaan penyesuaian kembali tentang menerusi beberapa pengambilan ubat perlu dilaksanakan. 

“Saya berdoa supaya beliau sembuh kembali dan dapat menjadi calon di Kuala Pilah. Insya-Allah, walaupun dalam perlahan-lahan,” katanya. 

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon Parlimen PN dan Pelancaran  Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan di Nilai, di sini hari ini. 

Pada majlis tersebut, kesemua calon PN di Negeri Sembilan hadir kecuali Eddin Syazlee.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan berkenaan keadaan kesihatan Eddin Syazlee yang dikatakan telah ke luar negara bagi menjalani pembedahan.

Keadaan kesihatan beliau itu turut menimbulkan persoalan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang dimenangi pada pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun persoalan itu terjawab selepas baru-baru ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan nama Eddin Syazlee sebagai calon PN di kerusi berkenaan.

Sementara itu, Rais berkata, PN kini semakin bersemangat untuk memasuki gelanggang PRU15 dan dilihat semakin mendapat sokongan masyarakat.

“Pendirian PN adalah untuk menukar kerajaan menurut hemah rakyat sendiri, tentang nilai yang mereka tanam, tentang amalan rasuah, rasuah mesti kita banteras habis-habisan kalau Malaysia mahu mempunyai berada dalam kedudukan peta dunia kembali. 

“Rasuah ini jika tidak lantas mengatasi, rasuah akan mengatasi kita, itu kita tidak mahu. Parti kami mempunyai keikhlasan untuk menyampaikan kepada rakyat, inilah mesej kami, tolong terima.” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.