PRU15: Daki gunung rahsia Khalid Yunus kekal cergas

PRU15: Daki gunung rahsia Khalid Yunus kekal cergas

TAN Sri Khalid Yunus ketika bertemu dengan pengundi di Pasar Malam Batu Kikir, Jempol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Aktif mendaki gunung dan amalan gaya hidup sihat merupakan ‘rahsia’ Timbalan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Tan Sri Mohd. Khalid Yunus kekal cergas sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd. Khalid, 79, yang bertanding di kerusi Parlimen Jempol atas tiket parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berkata, beliau aktif dalam bidang sukan sejak kecil lagi dan terjebak dalam aktiviti pendakian gunung ketika berusia 59 tahun.

“Waktu di sekolah rendah dan menengah saya aktif di dalam pelbagai jenis sukan termasuk olahraga, bola sepak, ragbi, hoki, ping pong dan badminton, tetapi yang paling saya minat adalah olahraga.

“Ketika umur mencapai 59 tahun, sewaktu menjadi Timbalan Menteri Penerangan saya terjebak pula dalam aktiviti sukan mendaki gunung,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khalid, beliau mengakui badannya terus kekal cergas dan tidak mudah penat walaupun turun berjumpa pengundi di sekitar Jempol sepanjang kempen PRU-15 berlangsung.

“Saya akan terus mendaki (gunung) selagi diizinkan oleh Allah, selain amalan dan gaya hidup sihat, pengambilan makanan berkhasiat serta rehat yang cukup juga boleh membantu kesegaran tubuh badan.

“Pada saya umur hanya nombor yang Allah beri, saya tiada masalah meneruskan hidup sambil beramal berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Menceritakan tentang kegiatannya dalam aktiviti pendakian, Mohd. Khalil berkata, telah banyak gunung di dalam dan luar negara yang telah beliau daki di mana Gunung Kinabalu, Sabah merupakan yang pertama.

“Saya telah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 14 kaki.

“Manakala, di luar negara saya pernah mendaki Gunung Kala Patthar di Nepal, Gunung Mont Blanc (Perancis) Gunung Elbrus (Rusia), Gunung Ararat (Morocco), Gunung Aconcagua (Argentina) dan Gunung Kilimanjaro (Tanzania),” katanya.

Mohd. Khalil berkata, beliau juga pernah mendaki Gunung Everest tetapi hanya berjaya sampai pada ketinggian 23,329 kaki dari aras laut dan terpaksa turun selepas diserang Akut Gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS).

Dalam pada itu, Khalil berkata, walaupun digelar calon ‘usia emas’, namun beliau tetap mengikut perkembangan teknologi terkini dan berkempen menggunakan platform media sosial.

“Platform media sosial saya memang ada Facebook, TikTok dan unit media Gerakatan Tanah Air (GTA )Jempol ada bersama saya diketuai oleh seorang anak muda berkelulusan Master (Ijazah Sarjana),” katanya.

Pada PRU15, Mohd. Khalil akan berdepan calon daripada Barisan Nasional, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli, calon Perikatan Nasional, Muhammad Noraffendy Mohd. Salleh dan calon Pakatan Harapan, Norwani Ahmat.

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jempol selama empat penggal dari 1986 hingga 2004 ketika bersama BN. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya