PRU15: Bekas pemain bola sepak Sabah tanding atas tiket Parti

PRU15: Bekas pemain bola sepak Sabah tanding atas tiket Parti KDM

PETER Anthony (tiga kiri) bersama Jekerison Kilan (empat kanan) dan Johair Matlani (dua kiri) di Ibu Pejabat Parti KDM di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menampilkan bekas pemain bola sepak Sabah, Jekerison Kilan, 52, sebagai calon Parlimen Pensiangan.

Jekerison yang juga Ketua Bahagian Parti KDM Nabawan itu pernah menjadi bintang bola sepak Sabah semasa beraksi pada tahun 1989 hingga 1998. Malah, beliau pernah menjadi pemain bola sepak Negeri Sembilan.

Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony mengumumkan Jekerison sebagai calon keenam Parti KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Turut diumumkan adalah calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort iaitu Naib Presiden Parti KDM, Datuk Johair Matlani, 57.

Ketika ini, kerusi Parlimen Pensiangan disandang oleh Datuk Arthur Joseph Kurup mewakil Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) / Barisan Nasional. Kerusi berkenaan menjadi kerusi tradisi PBRS sejak 2008 selepas dimenangi oleh Tan Sri Joseph Kurup.

Menurut Peter, setakat ini, Parti KDM mengumumkan calon di tujuh kerusi Parlimen termasuk dua yang baharu diumumkan. Lima kerusi lain termasuk Tenom, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kimanis dan Sepanggar.

“Kita sebenarnya menerima banyak permintaan daripada beberapa pemimpin yang ingin bertanding di bawah logo parti KDM. Namun, masih ada beberapa kawasan yang belum diputuskan.

“Kita akan cuba muktamadkan calon di kawasan lain dalam masa satu atau dua hari ini sebelum penamaan calon,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KDM semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding di tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Papar, Keningau dan Ranau.

Setakat ini, calon-calon parti itu akan bertanding di kawasan yang majoriti terdiri daripada masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya