PRU15: 7 lokasi panas berisiko cetus kekecohan di Terengganu

PRU15: 7 lokasi panas berisiko cetus kekecohan di Terengganu

ROHAIMI Md. Isa (kanan) diberi taklimat mengenai persiapan anggota Pasukan Unit Tempur Ringan bagi menghadapi PRU15 di IPK Terengganu, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu mengenal pasti  tujuh lokasi panas di negeri ini berisiko tinggi mencetuskan kekecohan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, tujuh lokasi tersebut terletak di Dungun iaitu dua kawasan dan Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus,  Besut serta Hulu Terengganu pula masing-masing satu.

“Tujuh lokasi panas ini dikenal pasti berdasarkan situasi lampau, calon dan kelompok tertentu yang dikhuatiri boleh mencetuskan insiden menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Selain pemantauan di kawasan terbabit, kita juga memantau status-status berbaur provokasi di media sosial sepanjang musim pilihan raya ini,” katanya selepas menyampaikan taklimat PRU15 di ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rohaimi berkata, seramai 3, 278 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal perjalanan PRU15 di lapan kawasan Parlimen di Terengganu yang turut merangkumi 540 anggota bantuan dari Bukit Aman, Jabatan Relawan Malaysia (585) dan Polis Sukarelawan (101).

“Kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan PRU15 berlangsung pada musim banjir. Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, komander pengurusan banjir daerah disandang ketua polis daerah dan diambil alih secara automatik ketua balai bomba daerah sekiranya banjir berlaku pada hari penamaan calon dan pengundian,” ujarnya.

Sementara itu, Rohaimi memberitahu, seramai 5,061 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal pada 15 November ini melibatkan 29 pusat dan 35 saluran ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.