Proses pengundian awal Kem Syed Sirajuddin, Gemas berjalan lancar - Utusan Malaysia

Proses pengundian awal Kem Syed Sirajuddin, Gemas berjalan lancar

SEBAHAGIAN anggota tentera membuat semakan sebelum mengundi awal di Pusat Pengundian Awal, SK Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Proses pengundian awal di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi bagi anggota tentera di kem tersebut setakat pukul 11 pagi tadi mencatatkan 59.6 peratus.

Secara keseluruhannya, seramai 4,828 pengundi berdaftar di kem berkenaan bagi menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pusat pengundian Awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Daripada jumlah itu, seramai 4,098 anggota tentera pelbagai pangkat dan pasangan terlibat dalam proses pengundian awal berkenaan manakala, 699 anggota serta pegawai yang bertugas pula telah melaksanakan undi pos.

Kem Syed Sirajuddin, Gemas menempatkan jumlah pengundi awal terbesar daripada keseluruhan seramai 19,406 pengundi membabitkan pegawai dan anggota tentera dan polis di Negeri Sembilan.

Selain di SK Kem Syed Sirajuddin, Gemas, sebuah lagi pusat pengundian awal turut dibuka di Parlimen Tampin iaitu di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Terdapat seramai 5,220 pengundi awal dalam kalangan anggota tentera dan polis di Parlimen Tampin.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.