PRK DUN Bugaya: Abdul Aziz tekad rampas kerusi milik Warisan

PRK DUN Bugaya: Abdul Aziz tekad rampas kerusi milik Warisan

ABDUL AZIZ MOHD. IBNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Dua tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya tidak mempunyai wakil rakyat setelah kematian penyandangnya dari Parti Warisan (Warisan), Manis Muka Mohd. Dara. Kini, calon Barisan Nasional (BN), ABDUL AZIZ MOHD. IBNO bertekad merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, 19 November ini. Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN, bekas guru ini tidak mahu berjanji ‘bulan dan bintang’, sebaliknya meneruskan hasrat yang tertunda selepas PRU14 lalu.

UTUSAN MALAYSIA: DUN Bugaya adalah kubu kuat parti Warisan. Yakinkah menang?
ABDUL AZIZ: Saya akui Warisan memang kuat di Parlimen Semporna khususnya DUN Bugaya dan melihat Pilihan Raya Negeri (PRN) undiannya agak tinggi. Tetapi, dengan apa yang BN tawarkan dalam keadaan rakyat memihak kepada BN setelah melalui beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini, saya percaya ini satu momentum meyakinkan untuk merampas kerusi ini dari Warisan.

Apa strateginya?
Sudah pastilah menggunakan perang saraf, kelebihan-kelebihan yang ada pada calon BN daripada kerajaan untuk menumpaskan pihak lawan. Kalah atau menang pun tidak memberi kesan kepada kerajaan. Pada masa sama, kami terus memantapkan jentera parti dengan sokongan dari dua DUN yang lain di Semporna iaitu Senallang dan Sulabayan.

Warisan didakwa berdepan masalah dalaman selepas calonnya, Jamil Hamzah, dilaporkan tidak diterima pengundi bertanding di Bugaya. Adakah ini peluang terbaik BN untuk menang?
Mungkin ini juga boleh diambil kira untuk menarik pengundi ‘atas pagar’ atau dari Warisan sendiri. Namun, kami tidak boleh eksploitasi keseluruhan isu tersebut kerana dibimbangi memberi kesan kepada BN jika tersilap langkah. Tetapi, BN sudah pasti ada kelebihan kerana berada dalam gabungan kerajaan.

Mengapa tidak bertanding Parlimen tewaskan Presiden Warisan?

Kalau mengikut keputusan awal, BN bertanding di Parlimen Semporna, tetapi, kami melalui pembahagian kerusi dan berunding dengan GRS di peringkat negeri kemudian keputusan dibuat pucuk pimpinan. Maka, GRS bertanding Parlimen manakala BN bertanding peringkat DUN Bugaya.

Apa yang anda tawarkan?
Say masih berpegang kepada prinsip BN iaitu janji ditepati, kestabilan dan kemakmuran. Saya melihat pada manifesto PRU14 lalu ada yang tertunda, jadi saya mahu ia diteruskan seperti pembinaan hospital baharu di Semporna dan menaik taraf jalan dua hala dari roundabout daerah Kunak ke Pekan Semporna.

Saya tidak boleh merangka pelan yang baharu lagi, silap hari bulan pelan itu hanya tinggal pelan sahaja. Sekarang kita sudah ada stadium, pasar ikan yang kondusif manakala masjid daerah dalam proses tambakan tanah dan padang pekan Semporna sedang dibina. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.