PN yakin menang Parlimen Gombak  - Utusan Malaysia

PN yakin menang Parlimen Gombak 

AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) yakin menang di Parlimen Gombak apabila mempertaruhkan calon heavyweight mereka iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pertemuan Mohamad Azmin dengan calon lawan dari Barisan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin itu dianggap sebagai persaingan antara ‘kawan lama’.

Malah, pertembungan kedua-dua figuran itu turut menjadi perbualan dan perhatian masyarakat sekitar. 

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin Gombak akan kekal diwakilinya dan PN.

Menurut beliau, pengalamannya yang banyak di Gombak iaitu selama tiga penggal dan keakraban dengan penduduk di sana membuat dirinya berasa tidak tergugat dengan pencabar-pencabar daripada parti lain.

“Saya menyambut baik mana-mana calon daripada pelbagai parti untuk menawarkan khidmat. Namun, saya amat yakin, insya-Allah, berdasarkan rekod dan perkhidmatan saya selama tiga penggal di Gombak.

“Saya bersama-sama dengan penduduk dan rakyat Gombak, saya juga anak jati di sana. Saya mengenali hampir semua penduduk di Gombak serta atas semangat persaudaraan yang wujud sekian lama, insya-Allah, Gombak akan kekal PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Bakal Calon PN.

Antara pencabar di kerusi Parlimen Gombak adalah warlord Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari dan Barisan Nasional (BN) pula menghantar Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai wakil di sana sementara wakil daripada Gerakan Tanah Air (GTA) masih tidak diketahui.

Persaingan di kerusi Parlimen Gombak dilihat sebagai tumpuan pengundi apabila Mohamed Azmin yang dahulunya bekas Menteri Besar Selangor akan bertembung dengan ‘muridnya’ iaitu Amirudin yang menjadi Menteri Besar negeri tersebut pada ketika ini.

Mengulas berkenaan manifesto, Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, apa yang bakal dibentangkan oleh parti itu akan menguntungkan rakyat apabila ia dibuat dengan mengambil kira dengan keadaan ekonomi semasa.

“Hari ini (semalam) kita ada Majlis Presiden PN yang meneliti draf terakhir manifesto, insya-Allah kita akan lancarkan satu atau dua hari selepas hari penamaan calon. Kita telah perhalusi (intipati) dalam beberapa perundingan sebelum ini.

“Kita juga sudah meneliti draf terakhir yang akan memberi sejumlah tawaran cukup besar kepada rakyat dengan mengambil kira ekonomi semasa dan keperluan-keperluan untuk jangka pendek serta panjang,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya