PN Terengganu kekal ramai muka lama

PN Terengganu kekal ramai muka lama

ABDUL Hadi Awang (empat dari kanan) bersama calon-calon PN Terengganu di Rusila, Marang, Terengganu.-UTISAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Perikatan Nasional (PN) Terengganu mengekalkan ramai muka lama dalam senarai calon di lapan Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Lima muka lama yang akan mempertahankan kerusi Parlimen ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Marang; Che Alias Hamid (Kemaman); Wan Hassan Mohd. Ramli (Dungun); Shaharizukirnain Abdul Kadir (Setiu) dan Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu).

Tiga lagi ialah calon muka baharu iaitu bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Parlimen Setiu pada PRU13 iaitu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang dipertaruhkan di Parlimen Besut serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Datuk Dr. Alias Razak yang akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus.

Selain itu, calon tunggal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula ialah Datuk Rosol Wahid yang akan mempertahankan kemenangannya di Parlimen Hulu Terengganu.

Senarai nama calon itu diumumkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Rusila, malam ini.

Kesemua calon tersebut kemudian menerima watikah pelantikan calon itu disampaikan oleh Abdul Hadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya