Pilih wakil rakyat yang betul, berkualiti -Johari 

Pilih wakil rakyat yang betul, berkualiti -Johari 

sungai baru
JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berbaki seminggu lagi untuk berkempen, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ingin menggunakan peluang yang ada untuk terus memberi mesej kepada rakyat supaya memilih wakil rakyat yang betul dan benar-benar berkualiti.

Menjelaskan perkara itu, Johari berkata, ia penting supaya masyarakat tidak tertipu lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), malah, hak mereka di sesebuah kawasan sewajarnya dipertahankan setelah mendapat mandat daripada rakyat. 

Berikutan itu, tegas Johari lagi, debat bukan platform terbaik buat masa kini untuk melaga-lagakan pemimpin atau calon yang bertanding. 

“Nak debat tunggu lepas ini (PRU). Kalau saya boleh debat dengan Rafizi (Rafizi Ramli), sesiapa sahaja saya boleh debat. Tak ada hal, tetapi saya tidak mahu tinggal peluang yang ada dalam lima ke enam hari ini, ada orang manipulasi anak-anak muda untuk laga-lagakan pemimpin, bukan untuk mencari penyelesaian. Penyelesaian bukan dengan debat. 

“Saya bila-bila masa, kalau tiada PRU, kita debat. Tetapi, bila tiba PRU, saya nak bagi penerangan lebih untuk pastikan mereka memahami pemilihan wakil rakyat. 

“Kalau nak duduk Parlimen, suruh parti dia lantik jadi senator. Saya nak berkhidmat untuk rakyat dan saya mempunyai kelebihan multi-tasking. Saya nak menyumbang untuk rakyat dan saya nak menyumbang di peringkat nasional,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN