Piala Dunia: Penyokong Jepun sukarela kutip sampah di Stadium

Piala Dunia: Penyokong Jepun sukarela kutip sampah di Stadium Al-Bayt

SALAH seorang warganegara Jepun mengutip sampah di tempat duduk dalam Stadium Al-Bayt, Qatar, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warganet kagum dengan penonton bola sepak warganegara Jepun yang membersihkan sampah di tempat duduk dalam Stadium Al-Bayt, Qatar selepas menonton perlawanan Piala Dunia, Qatar melawan Ecuador malam tadi.

Menerusi rakaman klip video yang dikongsi oleh pencipta kandungan media sosial terkenal Bahrain, Omar Farooq di beberapa laman sosialnya menunjukkan ramai penonton warganegara itu membawa beg sampah dan mengutip semua sampah sarap yang ditinggalkan oleh para penonton di stadium berkenaan.

Omar bagaimanapun kelihatan terkejut dengan tindakan tersebut dan sempat bertanya kepada beberapa rakyat Jepun yang membersihkan sampah walaupun ia tidak mempunyai kaitan dengan mereka.

“Kami orang Jepun, kami tidak meninggalkan sampah di belakang kami.

“Kami menghormati tempat ini dan kami tidak melakukannya demi kamera,” kata warganegara Jepun itu di stadium berkenaan.

Penonton-penonton tersebut juga mengumpul bendera Qatar dan Ecuador yang ditinggalkan orang ramai di stadium kerana menghormati bendera rasmi kedua-dua negara terlibat.

Pengguna media sosial dari pelbagai negara juga tertarik dan kagum dengan tindakan mereka walaupun tidak melibatkan perlawanan negara matahari tersebut.

“Kalaulah dunia jadi macam orang Jepun. Mereka sentiasa menjaga kebersihan persekitaran mereka,” komen seorang pengguna TikTok, @jubonju.

“Semua ini mustahil dan mereka membayar tiket untuk masuk, mereka sepatutnya diberi tiket percuma,” komen seorang pengguna Instagram, @iqmorteza.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji dengan mengatakan, orang Jepun patut dicontohi kerana berada di kelas tersendiri serta memberi komen ‘respect’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.