‘Pesta’ makanan di hadapan pintu Istana Negara

‘Pesta’ makanan untuk pengamal media di pintu Istana Negara

WAKIL dari syarikat Tealive menyampaikan pek yang mengandungi minuman jenama itu kepada pengamal media di hadapan Istana Negara, hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan petugas media yang ‘berkampung’ di hadapan pintu Istana Negara, pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan makanan dan minuman sebagai menghargai jasa mereka.

Antara syarikat terlibat iaitu restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Tealive, Food Panda dan Santan AirAsia dan US Pizza.

Dalam pada itu, restoran Ali Maju turut menyampaikan pek makanan tengah hari yang ditaja Istana Negara.

Turut disediakan pelbagai fasiliti antaranya surau, tandas bergerak dan khemah media.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyumbang makanan kepada pengamal media dan menitahkan untuk menyediakan fasiliti buat pengamal media sepanjang membuat liputan.

Pengamal media mula berkumpul di pekarangan pintu satu dan dua, Istana Negara sejak Isnin lalu bagi melaporkan perkembangan semasa berkaitan keputusan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setakat pukul 12 tengah hari ini, tiada kelibat kenderaan membawa ketua parti politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 2 petang ini.

Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi Seri Paduka mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.