Penduduk dakwa diganggu samseng jentera parti

[VIDEO] Penduduk dakwa diganggu ‘samseng’ jentera parti

TANGKAP layar perbualan WhatsApp pengadu kepada Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sikap ‘samseng’ sebuah jentera parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk di Parlimen Batu kerana mereka terpaksa berdiam apabila diganggu kumpulan berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk yang tidak mahu dikenali mendakwa, dirinya digertak oleh sebuah jentera parti kerana menegur kumpulan tersebut supaya tidak berbuat bising pada waktu tidak sesuai.

VIDEO dirakam seorang penduduk yang tidak berpuas hati dengan jentera pilihan raya yang masih berkempen pada tengah malam. -IHSAN MEDIA SOSIAL 

Menurutnya, kejadian itu bermula pada 9 November lalu dan ia berlaku pada 12 tengah malam sehingga dua pagi apabila terdapat penduduk dimaki dan diugut kerana menegur kumpulan berkenaan yang berbuat bising di kawasan perumahan.

“Mereka ni sangat bising sehingga mengganggu penduduk-penduduk di kawasan ini, kami ni nak bangun pagi untuk bekerja tetapi waktu tidur diganggu oleh kumpulan tersebut. Perkara ini dah berlarutan tetapi tiada penyelesaian.

“Selepas saya tegur mereka, dua orang datang ke rumah untuk marah saya dan isteri. Selepas saya cuba untuk menghubungi polis baru mereka beredar. Saya cuma minta mereka perlahankan sedikit pembesar suara.

“Saya juga menghubungi calon daripada parti berkenaan tetapi seperti tiada tindakan dan amaran diberi kepada kumpulan tersebut, saya ke pejabatnya pun beliau tiada. Saya betul-betul kecewa,” katanya ketika dihubungi.

Melalui klip video yang dihantar ke Utusan Malaysia oleh penduduk tersebut, terbukti bahawa jentera sebuah parti mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising pada waktu tidak sesuai.

Penduduk tersebut mendakwa bahawa banyak penduduk lain di kejiranan tersebut mengadu perkara sama tetapi tidak berani membuat kerana laporan kerana bimbang akan keselamatan keluarga.

“Lepas kes ini, penduduk lain turut datang mengadu tentang perkara sama tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa kerana bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mereka minta saya menjadi wakil untuk buat laporan polis,

“Tetapi ceramah politik parti berkenaan dilakukan baru-baru ini sahaja dalam dua hari mereka tidak membuat bising lag cuma sebagai penduduk kami mahu tindakan tegas diambil,” katanya.

Tambahnya, beliau ada berjumpa dengan calon lain di kawasan Parlimen tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan mengenai isu dihadapi. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya