Pendidik perlu lebih kreatif selaras perkembangan teknologi digital

Pendidik perlu lebih kreatif selaras perkembangan teknologi digital

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, hari ini- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh warga pendidik perlu lebih kreatif dan peka untuk memenuhi segala keperluan dalam menyampaikan perkhidmatan mereka selaras perkembangan teknologi digital masa kini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, proses pengajaran dan pembelajaran masa kini perlu lebih berfikiran jauh ke hadapan dalam mendepani cabaran perkembangan teknologi digital.

Titah baginda, oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu serta kemahiran yang tinggi agar tidak ketinggalan dalam perkembangan pendidikan dunia.

“Sebagai ejen perubahan, para pendidik diseru sentiasa mengikuti dan memenuhi segala keperluan dalam ekosistem pendidikan,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, di sini hari ini.

Menerusi penyerahan itu, seramai 29 orang asnaf terpilih menerima sumbangan berjumlah RM400 setiap seorang terdiri dalam kalangan anak kariah Masjid Ar Rahmaniah yang diagihkan oleh amilnya, Ramli Berahan.

Mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berbangga dengan pembudayaan inovasi dalam kalangan warga pendidik di negeri ini yang semakin positif melalui pelbagai inisiatif di institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri. 

“Jabatan Pendidikan negeri secara khususnya memainkan peranan sebagai sistem sokongan dengan menyediakan sumber pengetahun, kemahiran dan ruang yang bersesuaian untuk para guru berkongsi amalan terbaik secara berterusan dalam program-program yang dirancang.

“Langkah ini seterusnya mampu membawa nama Perlis ke peringkat lebih tinggi di samping turut mendapat perhatian pendidik luar dari masa ke semasa,” titahnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya