Pemandu lori treler maut kemalangan lima kenderaan - Utusan Malaysia

Pemandu lori treler maut kemalangan lima kenderaan

SEORANG pemandu treler maut dalam kejadian kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat Nilai, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan termasuk dua buah lori treler di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat Nilai, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima  panggilan kecemasan pada pukul 11.43 pagi dan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta dan sebuah motosikal.

“Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan dan kemalangan membabitkan seramai 10 orang. Mangsa yang maut berumur 43 tahun dan merupakan pemandu salah sebuah lori treler.

“Dua orang lelaki dan dua orang wanita yang lain juga  cedera manakala lima yang lain termasuk seorang lelaki dan seorang wanita bukan warganegara selamat.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan,” katanya.

KEADAAN kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat Nilai, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL

Sementara itu,  nahas menyebabkan salah sebuah treler terlibat melintang di atas lebuh raya sekali gus  mengakibatkan kesesakan teruk menuju ke arah Seremban.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya