Muhyiddin mahu Anwar kemuka sokongan dimiliki jadi PM - Utusan Malaysia

Muhyiddin mahu Anwar kemuka sokongan dimiliki jadi PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mencabar Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan Perdana Menteri ke-10.

Sebalik, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau yakin mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli parlimen.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November lalu, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi surat akuan ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115.

“Iaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dalam sidang akhbar di sini petang ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat  dilantik sebagai perdana menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.