MBSA siap siaga sedia pam dan laksana projek tebatan banjir

MBSA siap siaga sedia pam dan laksana projek tebatan banjir

SEORANG penduduk Kampung Padang Jawa sedang meredah banjir hujung Disember tahun lalu. -ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diletakkan dalam situasi bersiap siaga menghadapi banjir dengan kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan empat unit pam air yang akan diletakkan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di sekitar bandar raya ini.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad,
penyediaan empat unit pam air tersebut akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Pengairan Dan
Saliran (JPS) di beberapa lokasi.

“Antara lokasi terlibat, dua unit pam di Taman Sri Muda, Seksyen 25, satu unit pam di Stesen Pam MBSA Seksyen 13 dan satu unit pam di Taman Mesra Seksyen U1, di sini.

“Penyediaan pam ini merupakan langkah awalan bagi mengurangkan risiko berlaku banjir akibat hujan lebat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri juga menyatakan persetujuan
terhadap cadangan projek tebatan banjir yang telah dirangka dalam Pelan Tindakan
Banjir Shah Alam (SASUD).

Jelasnya lagi, sebagai permulaan, sebanyak empat projek akan dimulakan iaitu menaik taraf rumah pam serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan U1.

“Selain itu kerja membina rumah pam di Persiaran Aman serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25, membina rumah pam di Jalan Saksama 25/29 dan Jalan Hikmat 25/35 turut akan dilakukan.

“Kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 25 dan membaik pulih serta menaik taraf sistem pembetungan dan kerja-kerja berkaitan di sebahagian Kampung Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam yang dilaksanakan secara tender terbuka turut akan diadakan,”katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.