Lima penyokong TFC direman empat hari

Lima penyokong TFC cetus kekecohan direman empat hari

LIMA penyokong TFC yang terlibat dengan kekecohan selepas aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lima lelaki direman empat hari bermula hari ini setelah dipercayai terlibat dengan insiden kekecohan selepas aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Selangor di pekarangan Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Isnin lalu.

Perintah reman terhadap penyokong TFC berusia 24 sehingga 37 tahun itu dikeluarkan oleh  Majistret, Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata,  kelima-lima lelaki itu dicekup dalam operasi berasingan di daerah ini dan Kuala Nerus antara pukul 11 pagi hingga 8 malam, semalam.

Menurut beliau, terdahulu, seorang penyokong berusia 27 tahun yang membuat kekecohan tersebut ditahan di luar stadium tersebut pada pukul 11.30 malam, Isnin lalu.

Bagaimanapun, katanya, suspek pertama yang ditahan itu pula dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 

“Kesemua suspek adalah dipercayai terlibat dengan insiden kekacauan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan aksi Piala Malaysia itu dicemari dengan kejadian kekecohan selepas kumpulan peminat TFC yang membaling batu dan objek keras ke arah bas yang membawa penyokong serta pemain Selangor.

Insiden itu berlaku di laluan keluar di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin setelah tamat perlawanan yang memihak pasukan pelawat itu sekaligus melangkah ke pentas akhir.

Dalam perlawanan itu, TFC menang 1-0 hasil jaringan Kipre Tchetche, namun, gagal menyekat kemaraan Selangor yang mara dengan kemenangan agregat 3-2. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya