Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini

Lelaki lakukan provokasi pasang bendera direman

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes provokasi berkaitan pemasangan bendera parti di sekitar Bandar Chukai, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam susulan aduan yang diterima pihaknya. 

“Kita menerima aduan yang mana individu ini terlibat dengan provokasi di antara dua pihak mengenai pemasangan bendera parti dan terdapat perselisihan pendapat. 

“Kita buat tangkapan supaya boleh meredakan keadaan dan kita sedang menyiasat sama ada terdapat unsur kekerasan dalam kes ini,” katanya kepada pemberita sini, hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya bagi cadangan pertuduhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. 

Dalam pada itu, Hanyan berkata, sepanjang tempoh kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, pihaknya turut mengenal pasti beberapa kawasan panas di daerah ini. 

“Ada juga berlaku beberapa isu, namun, kita dapat kendalikannya dengan baik supaya tak timbul situasi yang lebih panas.

“Kita harap penyokong parti agar berpolitik secara baik dan tidak menimbulkan sebarang provokasi dan kekacauan kerana kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya