Lawatan Tunku Ali Redhauddin serikan MSAM 2022 - Utusan Malaysia

Lawatan Tunku Ali Redhauddin serikan MSAM 2022

TUNKU Ali Redhauddin Tuanku Muhriz beramah mesra dengan pengunjung MSAM 2022 yang diadakan di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di sini turut diserikan dengan kehadiran Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Lawatan khas baginda hari ini ke tapak penganjuran MSAM 2022 di Kawasan Lapang Pantai Batu 1 di sini itu disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria pada pukul 10.30 pagi.

Kehadiran Tunku Ali Redhauddin itu menjadi tumpuan orang ramai yang hadir ke acara berkenaan dan baginda turut beramah mesra dengan pengunjung.

Dalam kunjungan lebih dua jam itu, Tunku Besar Seri Menanti turut menyempurnakan penyerahan komputer riba sumbangan pihak Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) kepada 10 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2021 di negeri ini.

MSAM 2022 merupakan acara literasi kewangan tahunan PNB dan berlangsung selama tujuh hari sejak 24 November lalu sehingga esok.

Ia disertai oleh pelbagai syarikat strategik PNB termasuk Maybank, Sime Darby Plantation Bhd. dan UMW Holdings Bhd.

MSAM 2022 bertemakan ‘Melestarikan Pelaburan Ke Arah Masa Hadapan Mampan’ turut menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1 juta kepada pengunjung bertuah.

Penganjuran kali ini turut menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran yang disertai kira-kira 50 pempamer.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya