Para akademik bebas bersuara tapi kena ikut peraturan

KPT nafi pembabitan tenaga akademiknya sokong Anwar jadi PM

Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap individu dan pakar akademik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bebas bersuara, namun, semua tindakan mereka tertakluk kepada peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada.

Kementerian itu dalam kenyataan turut menafikan sebarang pembabitan mereka dengan penganjuran sidang media khas Deklarasi Profesor Melayu G70 berhubung seruan kepada rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

“Kumpulan itu bukan representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada institusi pengajian tinggi (IPT).

“Apa-apa pendirian diutarakan G70 dalam seruan ini juga tidak ada hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata kenyataan kementerian itu hari ini.

Kumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 pada sidang media hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr. Ir. Wan Ramli Wan Daud menganggap Anwar tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti mampu memimpin masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, kementerian menegaskan masyarakat umum diingatkan sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi menerusi saluran sahih ditadbir urus kementerian.

“Orang ramai juga hendaklah tidak sewenang-wenangnya mempercayai sebarang deklarasi atau pernyataan mana-mana kumpulan mendakwa mereka mewakili suara warga pengajian tinggi di negara ini,” kata kenyataan itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya